Facebook Membawa Ketagihan. Tidak dinafikan lagi Facebook sememangnya membawa ketagihan
kepada penggunanya. Daripada survey yang dijalankan di London, pengguna Facebook akan menghabiskan masa terlalu lama menggunakannya sehingga mereka tidak gembira dengan kehidupan mereka sendiri. Menurut survey yang dijalankan itu, pengguna yang mula membuka komputer akan terus masuk ke laman web jaringan tersebut. Golongan yang berpendapatan dan berpendidikan rendah adalah golongan yang didapati berisiko tinggi mengalami ketagihan itu.
Banyak masa yang diluangkan hanya untuk ber-Facebook sehinggakan tiada masa untuk melakukan perkara penting yang lain.Daripada kajian yang dibuat secara rawak iaitu, 85 peratus daripada mereka mengakui menggunakan Facebook setiap hari dan sebahagian dari mereka akan membuka laman tersebut terlebih dahulu berbanding laman web yang lain tidak kira menggunakan komputer atau alat telekomunikasi yang lain.
Di Malaysia, ketagihan menggunakan Facebook juga dilihat sama tahapnya dengan pengguna pengguna lain di luar negara. Pengguna Facebook di Malaysia banyak menghabiskan masa di Fanpage serta Group dengan membaca status, menonton video, membalas komen serta bersembang dan mereka sanggup menghabiskan masa seharian di depan komputer.Kajian di buat mejoriti masyarakat yang berada di Malaysia ini kebanyakkan mempunyai Facebook.
Facebook juga berkaitan dengan pembangunan dalam sesebuah keluarga.Sebagai contoh,khususnya kepada pasangan yang berumah tangga apabila wujud orang ketiga yang membawa berlakunya perpecahan rumah tangga.Selain itu,ketagihan facebook pada kalangan remaja yang menyebabkan hubungan menjadi renggang.Jadi kita haruslah membahagikan masa kita bersama keluarga dan melayari internet,khususnya laman social facebook supaya menjadi seimbang.Apabila wujud pembahagian itu maka wujud satu keluarga bahagia.
Selain laman sosial Facebook , terdapat laman sosial lain yang berkemungkinan besar menjadi faktor-faktor dalam keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan . contohnya ialah Tumblr , Skype , Myspace dan Twitter :




No comments:
Post a Comment